Kenyataan Media

Pulau Langkawi Dibuka, MOTAC Praktik Gelembung Pelancongan

65

9 September 2021 – Kerajaan hari ini mengumumkan berita gembira dengan pembukaan Pulau Langkawi bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 16 September ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata Langkawi boleh mula dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria Prosedur Operasi Standard (SOP) dari seluruh negara, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara dan tidak terpakai dalam kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD).

“Pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat.

Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.” kata Nancy dalam kenyataan media.

Beliau menambah bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari negeri Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.

Nancy turut mengumumkan kebenaran ini turut dibuka kepada semua peringkat umur dan dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.

Selain itu, MOTAC akan membuat pemantauan berhubung pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi ini dan akan mendapatkan maklum balas daripada masyarakat berkaitan program ini secara keseluruhan dalam tempoh masa dua minggu.

“Maklum balas ini kelak akan dinilai dan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pertimbangan tindakan lanjut, seperti pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan yang dikenal pasti selaras dengan aspirasi MOTAC”, ujar Nancy.

MOTAC turut menggesa kepada orang ramai yang ingin melakukan perjalanan ke Pulau  Langkawi supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan agar Gelembung Pelancongan Langkawi ini kekal hijau dan seterusnya dapat merealisasikan perancangan lebih banyak gelembung pelancongan domestik di masa akan datang.

Berhubung SOP terperinci, orang ramai boleh melayari laman  sesawang  www.motac.gov.my atau www.mkn.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...