9 September 2021- Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah menzahirkan ucapan tahniah kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-22.
Jelasnya, SUHAKAM juga telah memainkan peranan yang penting dalam proses membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) dan memperkenalkan modul hak asasi manusia di sekolah–sekolah kebangsaan.
“Usaha berterusan SUHAKAM dapat dilihat dalam melaksanakan fungsi berkanun dan mandat yang telah diberikan, terutamanya bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai keperluan untuk melindungi dan mempromosi hak asasi manusia di Malaysia.
“Kementerian ini akan terus komited untuk memperkukuhkan keterlibatan dengan SUHAKAM, melalui pendekatan berasaskan hak asasi manusia dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan negara,” katanya.
Ujarnya, perkara ini penting selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia bagi tempoh 2022–2024.
- AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah
- Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan
- Moomoo Wins “Digital CX Awards 2024” by The Digital Banker
- Nano-Care Deutschland AG launches next generation of sustainable PFAS-free oleophobic coatings
- Winner of Hong Kong’s Flagship Global Elevator Pitch Competition Crowned
Leave a comment