PUTRAJAYA 8 September 2021 –Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengumumkan bahawa bagi tempoh 9 September 2021 sehingga 15 September 2021 harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak satu sen manakala harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel tidak berubah.
“Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh15 Julai 2021 sehingga 28 Julai 2021 adalah ditetapkan seperti berikut:
- harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.72 kepada RM2.73 seliter;
- harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
- harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.” kata MOF di dalam satu siaran media semalam.
Tambah MOF, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang