7 September 2021 – Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) akan diperkasakan dan dipertingkatkan sebagai pusat rujukan utama dalam mencegah keganasan di rantau ini.
Menteri Lua. Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, bagi tujuan tersebut, terdapat 3 fungsi utama di bawah SEARCCT selain pusat ini turut menjalinkan kerjasama antara agensi mencegah keganasan dengan agensi negara anggota ASEAN.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sejurus selepas mengadakan lawatan kerja di pusat tersebut hari ini.
Menurut beliau lagi, pusat tersebut mengadakan penyelidikan yang merujuk kepada pemantauan trend radikalisme dan keganasan yang berlaku sekitar rantau dan luar rantau.
“Penerbitan pula terbahagi kepada 2 iaitu penerbitan untuk dikongsi dengan pakar-pakar mencegah keganasan dan penerbitan untuk mendidik orang ramai mengenai keganasan”, ujar beliau lagi.
Beliau menambah, bagi tujuan latihan pula, SEARCCT pula memfokuskan kepada latihan untuk individu yang mempunyai pengaruh dalam komuniti masing-masing bagi membolehkan mesej dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
“Keganasan ada musim, ada pengaruh di seluruh negara. Lazimnya apabila berlaku, kelihatan (keganasan) mendapat sesuatu kejayaan, ia memberi inspirasi kepada orang lain.
Menyentuh mengenai perkembangan terkini di Afganistan, Saifuddin berkata pihaknya sedang memantau rapat perkembangan di negara tersebut.
Untuk rekod, pada 14 Ogos yang lalu, Afganistan telah berjaya ditawan kembali oleh puak Taliban selepas pakatan tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat mengundurkan sepenuhnya tentera dan warganya di negara tersebut.
Beberapa negara juga dilapor menutup kedutaan masing-masing selain terdapat negara yang memindahkan kedutaan di negara terdekat.
- M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill
- Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah
- Syngenta extends leadership in fungicides with ADEPIDYN® technology
- Hongkong Land’s Entire Central Portfolio Achieves LEED Platinum Rating, Representing 27% of all LEED EBOM Platinum-Certified Buildings in Hong Kong
- Crayon appointed an authorized Cloud Commerce Manager for Broadcom in Asia Pacific
Leave a comment