8 September 2021 – Jumlah 14 orang Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri ( Consultative Council on Foreign Policy – CCFP) dilihat tidak cukup untuk merangkumi aspek-aspek lain yang sama penting.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus berkata, CCFP perlu berfungsi sebetulnya untuk bagi mengelakkan imej negara dipandang rendah.
“CCFP dan Wisma Putra haruslah berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Dasar luar adalah medium utama sesebuah negara berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa, sama ada bentuk bilateral atau multilateral.
“Jumlah sedia ada ini jangalah bersifat seperti “cakap-cakap kedai kopi” yang bukan sahaja tidak nampak pelaksanaannya di mata rakyat, malah dalam kalangan komuniti antarabangsa khas kumpulan ASEAN dan OIC,” katanya.
Ujarnya, besar harapan dasar-dasar luar negara akan menguntungkan rakyat Malaysia, memakmurkan kesejahteraan serantau dan akhirnya ke arah dunia yang lebih aman serta selamat daripada ancaman wabak penyakit yang sedang berleluasa.
- ALAMI YANG TERBAIK DI THAILAND MENERUSI
“THINK THAILAND” FESTIVAL - COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal