28 Ogos 2021 – Sejak bulan Mac tahun lepas sehingga Julai ini, pelbagai bantuan telah diagihkan menerusi Pusat Parlimen Indera Mahkota untuk memenuhi permintaan penduduk yang terkesan akibat Covid-19.
Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya telah mengagihkan sejumlah 18,000 bakul makanan meliputi keperluan makanan dan barang-barang kering termasuk lampin pakai buang untuk bayi dan dewasa serta susu bergantung kepada keperluan.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian ketika ditemubual dalam Program Cakap Lepas menerusi platform Facebook.
Menurutnya, beliau menggunakan peruntukan beliau selaku ahli parlimen, peruntukan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk peruntukan yang diperolehi menerusi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Untuk rekod, Muhyiddin sebelum ini mengumumkan peruntukkan berjumlah RM 300 ribu untuk diagihkan kepada semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang bagi tujuan penyediaan bakul makanan di kawasan parlimen masing-masing.
Pejabat parlimen beliau turut bekerjasama dengan pejabat parlimen Kuantan dan Paya Besar dalam merekodkan bantuan supaya pemberian bantuan tidak bertindih.
“Kita ada menyediakan kenderaan untuk pengangkutan ke pusat vaksin dan perkhidmatan tersebut menjadi popular khusus untuk golongan memerlukan di kawasan parlimen.” kata Saifuddin
Menyentuh mengenai perbezaan IM Futures dan BERSATU, beliau menjelaskan Bersatu (Parti Peribumi Bersatu Malaysia) adalah sebuah parti manakala IM Futures adalah program khusus di bawah pejabat parlimen. IM Futures adalah bertujuan memupuk dan melahirkan generasi digital di kalangan anak-anak muda di kawasan parlimen.
Menyentuh berhubung pembangunan di kawasan beliau, Saifuddin berkata sejumlah RM2.5 juta akan diperuntukan untuk tujuan pembangunan di Pantai Batu Hitam.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment