29 Ogos 2021- Kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “Kita Punya Malaysia versi akustik”.
Vokalis kumpulan Bunkface merangkap komposer dan penulis lirik lagu ini, Sam berkata dengan mengambil kira suasana kemerdekaan tahun ini dimana negara masih lagi “berperang” dengan virus Covid-19, Bunkface mengambil langkah untuk mengubah sedikit aura lagu tersebut dengan gubahan yang lebih santai.
“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotism dikalangan peminat dan pendengar muzik kami walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebihcerah demi generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media.
Mengulas lanjut, sebelum ini lagu asal “Kita Punya Malaysia” pernah menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 dan 2019.
Anda boleh mendengar versi terbaharu ini, “Kita Punya Malaysia versi Akustik” di seluruh platform rasmi Bunkface https://bfan.link/kita-punya-malaysia-acoustic.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang