25 Ogos 2021- Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat tegas Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.
Hal ini berikutan, JKN menafikan dakwaan mesej tular di aplikasi Whatsapp yang kononnya terdapat beberapa kes positif COVID-19 dalam kalangan sukarelawan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai misi bantuan kepada mangsa fenomena kepala air di Yan.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengarah Kesihatan Kedah menjelaskan mesej tular berkenaan turut menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan ujian saringan dan mendapati lebih kurang 500 orang positif COVID-19 di Yan
“Mesej berkenaan adalah palsu dan kami tidak membuat sebarang ujian saringan kepada mereka,” katanya.
- Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat
- COVID-19 : KKM tingkatkan langkah kesiapsiagaan susulan peningkatan jumlah kes di Singapura
- Arrest Surge of Violent Hate Crimes in Malaysia: A 5 Point National Security Imperative
- Hagens Berman Expands Class Period in Class Action Against Plug Power (PLUG) – PLUG Investors with Substantial Losses Encouraged to Contact Firm by May 21, 2024 Deadline
- KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan
Leave a comment