24 Ogos 2021- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mempunyai perancangan jangka panjang untuk menangani masalah capaian Internet di kawasan Kg. Pangi, apabila sebuah menara komunikasi yang terletak kira-kira 0.17km dari Sekolah Kebangsaan Kg. Pangi akan dinaik taraf untuk memberikan perkhidmatan 4G/LTE.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, wujud masalah pada sistem transmisi satelit Very Small Aperture Terminal (VSAT) di menara komunikasi yang berdekatan.
“MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan yang berkenaan untuk mengatasi masalah tersebut dengan kadar segera bagi memastikan penduduk dan pelajar di Kg. Pangi dapat menikmati kembali liputan telekomunikasi yang lebih baik sekaligus memudahkan urusan seharian mereka.
“Kerja-kerja naik taraf menara komunikasi berkenaan dijangka siap pada bulan April 2022,” katanya.
Mengulas lanjut, di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), sebanyak 28 buah menara baharu akan dibina di daerah Tenom dan kerja-kerja pembinaan menara baharu itu dijangka bermula pada suku terakhir 2021 dan siap secara berperingkat pada Disember 2022.
“Sebanyak 13 stesen pemancar telah siap dinaik taraf setakat ini. Tambahan pula, dua (2) kawasan di daerah ini juga akan mendapat liputan Internet melalui projek Jalur Lebar Satelit.
“Tindakan-tindakan yang telah diambil akan membawa capaian Internet yang lebih menyeluruh kepada penduduk di Kg. Pangi,” katanya.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment