24 Ogos 2021- Calon-calon Ahli Parlimen Malaysia untuk PilihanRaya ke 15 perlu jalani Ujian tahap kecerdasan minda (IQ), psikometrik, dan kesihatan mental yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kata Pengarah Program Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia, Ida Rahayu Datuk Mohd Noor.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook peribadi beliau berkata, inisiatif ini perlu digerakkan oleh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin, bukan sahaja pergi melawan di jalanan tetapi lebih produktid kemukakan petisyen ujian Pra Kelayakan Calon Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Secara saintifiknya, ada ujian Profiling yg boleh mengesan potensi perangai buruk yg akan menyusahkan rakyat ni, maka sudah sampai masanya SPR wujudkan ujian pra kelayakan ni, siapa yg nk jadi calon mesti ambil ujian ni. Keputusan analisa Ujian ini boleh diakses oleh rakyat.
“Senang kita rakyat nak jadikan panduan mengundi. Manakala untuk parti politik pula, mereka tidak boleh sewenangnya meletakkan calon kerana calon yg tidak mencapai kriteria minima selepas ujian, SPR berhak tolak,” katanya.
Ujarnya, rakyat berhak memilih Ahli Parlimen yang terbaik agar dapat minimakan ketidakupayaan mereka mengurus tadbir, membuat polisi, mengurus krisis dan menjaga rakyat seperti rakyat lalui selama 17 bulan ni.
“Narsis, Psikopat, Perompak, Penyamun, Pengkhianat, Pembohong,.Perasuah, Pesakit Mental tidak boleh dibenarkan bertanding sebagai calon pilihanraya dan tidak boleh dibenarkan menjadi menteri. Selamatkan Malaysia. Bina Malaysia baharu,” katanya.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang