AM

PR1MA Sedia 10 Buah Bas Jadi Pusat Pemberian Vaksin

52

23 Ogos 2021- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) melalui Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) yang merupakan inisiatif di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan sebanyak 10 buah bas yang akan berfungsi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dan akan memberikan manfaat kepada kira-kira 7,500 penduduk Perlis, 5,000 penduduk Kedah dan 11,000 penduduk Pulau Pinang.

Pengerusi PR1MA YB Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, program ini merupakan salah satu usaha oleh PR1MA sebagai agensi Kerajaan untuk mempercepatkan kadar vaksinasi supaya mereka dapat dilindungi daripada wabak COVID-19 .

“PR1MA selaku agensi di bawah KPKT terpanggil untuk menjalankan khidmat sosial masyarakat selari dengan prinsip Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PR1MA sendiri iaitu untuk membantu mereka yang memerlukan, membina sokongan komuniti terhadap PR1MA dan sekaligus meningkatkan tadbir urus sosial PR1MA kepada masyarakat. Dengan peranan PR1MA ini juga ia diharap dapat membantu dalam meningkatkan kadar vaksinasi dengan memudahkan akses penduduk setempat kepada vaksin yang sedia ada.

“Pemberian vaksin ini dibuka kepada penduduk di kawasan sekitar dan janji temu diberikan melalui aplikasi MySejahtera. Komuniti PR1MA iaitu penduduk-penduduk residensi PR1MA turut terlibat sebagai penerima vaksin bagi program MOVAK di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ini,” katanya dalam satu kenyatan media.

Ujarnya, KPKT telah merancang sebanyak 136 program MOVAK melibatkan 25 buah bas yang disediakan PR1MA untuk dilaksanakan di 8 buah negeri di seluruh Semenanjung Malaysia mulai 23 Ogos hingga 27 September 2021.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...