19 Ogos 2021 – Sebanyak 55 kes positif Covid-19 telah dikesan di tapak pembinaan di Sungai Petani, Kedah yang dilaporkan berpunca daripada pekerja asing.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan susulan kejadian tersebut, pihaknya telah menutup 6 tapak pembinaan di sebuah projek perumahan di kawasan tersebut.
“Notis N2/2015 dan N3E/2021 telah dikeluarkan dan tapak projek diarahkan tutup serta merta”, ujar CIDB.
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sungai Petani, Kedah turut mengambil tindakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) berikutan berlaku penularan kes positif COVID-19 di tapak pembinaan berkenaan.
CIDB turut memaklumkan sehingga 18 Ogos, sejumlah 228 tapak pembinaan diarah ditutup berikutan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan pandemik Covid-19.
“Sebanyak 7,939 tapak pembinaan telah diperiksa oleh CIDB. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 3,762 (47%) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 4,177 (53%) tidak beroperasi.
“Daripada 3,762 tapak yang beroperasi didapati 228 tapak pembinaan (6%) tidak mematuhi SOP dan diarahkan tutup, manakala 3,534 (94%) tapak lagi mematuhi SOP.
CIDB juga telah membuka semula 130 tapak pembinaan daripada jumlah yang dititup selepas pihak pemaju dan kontraktor terlibat mematuhi SOP yang ditetapkan.
“Daripada 228 tapak pembinaan yang masih ditutup, sebanyak 56 terletak di Sarawak, Selangor (51), Kuala Lumpur (26), Melaka (24), Johor (22), Sabah (13), Pahang (9), Pulau Pinang (7), Kedah (7), Perak (5), Negeri Sembilan (4) dan Terengganu (4).
“Manakala 130 yang dibuka semula selepas didapati mematuhi SOP terletak di negeri Sarawak (39), Melaka (19), Selangor (18), Pulau Pinang (12), Perak (12), Terengganu (8), Kelantan (5), Negeri Sembilan (4), Perlis (3), Kuala Lumpur (3), Johor (2), Kedah (4) dan Sabah (1)”, ujar CIDB lagi.
- phData is proud to announce that it has been awarded the prestigious “Best Place to Work” certification for 2024
- Nearly 1,500 Nominations for the Fourth Season of the VinFuture Prize
- Denture labelling as personal identification
- Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama
- Arla Foods Ingredients targets ‘holistic hydration’ at Vitafoods Europe
Leave a comment