Politik @ My LNA

Muhyiddin Dijangka Meletak Jawatan Esok

145

15 Ogos – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan perletakkan jawatan beliau.

Beberapa portal berita dalam talian melaporkan kenyataan yang dipetik daripada Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof selepas pertemuan Muhyiddin dan pimpinan Parti Bersatu hari ini.

“Esok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan,” katanya.

Malaysiakini memetik kenyataan Mohd Redzuan sebagai berkata, Muhyiddin sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan keadaan dan kedukan kerajaan namun ikhtiarnya itu tidak membuahkan hasil.

Menurut Menteri Tugas-tugas Khas itu, peletakan jawatan adalah pilihan terakhir yang ada pada Muhyiddin selepas bilangan ahli parlimen yang menyokongnya menyusut dan tidak mencukupi untuk meraih majoriti di Dewan Rakyat.

“Maka ini adalah tindakan yang betul dan terhormat untuk Muhyiddin mengikut perlembagaan, dan terserah kepada Agong sama ada mahu menerima peletakan jawatan tersebut atau tidak,” katanya.

Kata Mohd Redzuan, Muhyiddin sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan keadaan dan kedukan kerajaan namun ikhtiarnya itu tidak membuahkan hasil.

Dilaporkan sejumlah ahli parlimen UMNO tidak lagi menyokong Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin dengan mendakwa kerajaan pimpinan beliau membelakangkan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung proklamasi darurat dan persidangan parlimen. Istana Negara sebelum ini mengeluarkan kenyataan media berdukacita dengan tindakan kerajaan yang mengelirukan Dewan Rakyat dengan tidak membahaskan dan mengungkaikan proklamasi darurat seperti yang dititah baginda pada sesi menghadap kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Seluruh pandangan negara kini tertumpu ke Istana Negara selaras dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan yang akan memilih Perdana Menteri baru yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Sehingga kini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan semasa kedudukan kerajaan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...