Niaga @ My LNAWanita @ My LNA

Platform E-Dagang Bantu Usahawan Jana Pendapatan

178

12 Ogos 2021- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDEC) menerusi agensinya SME Corp telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pelbagai program yang dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk adaptasi digital termasuklah menggalakkan perniagaan secara dalam talian.

Ujar Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin, adaptasi pendigitalan dan perniagaan dalam talian telah menjadi satu strategi perniagaan yang amat berkesan bagi memastikan kelangsungan dan peningkatan daya saing usahawan.

“Terdapat peningkatan sebanyak 101% dalam kalangan peniaga yang telah beralih ke platform e-dagang iaitu daripada 244,000 peniaga pada suku pertama tahun 2020 kepada 490,000 peniaga pada suku pertama tahun 2021.

“Bilangan peniaga yang berdaftar untuk sistem pembayaran melalui kod QR juga telah meningkat sebanyak 164% peratus kepada 773,000 peniaga pada suku pertama tahun ini, berbanding 293,000 peniaga sahaja pada suku pertama tahun lepas,” katanya ketika Majlis Pelancaran Women Netpreneur 2021 & Sesi Bual Bicara Pendigitalan Perniagaan Usahawan Wanita secara dalam talian hari ini.

Mengulas lanjut, Program Women Netpreneur merupakan satu wadah yang amat baik bagi membantu para usahawan wanita agar tidak tercicir daripada merebut peluang untuk meluaskan capaian perniagaan dengan berniaga secara dalam talian.

“Seramai 2,280 usahawan wanita telah memperoleh manfaat daripada program ini malah 80% daripada peserta program telah berjaya melanggan platform edagang seperti Facebook, Shopee dan Lazada bagi menjalankan perniagaan mereka secara dalam talian.

“Saya harap lebih ramai usahawan wanita akan dapat mengambil peluang untuk menceburkan diri dan meluaskan lagi perniagaan mereka secara dalam talian,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Legacy Credit Sdn Bhd Legacy Credit Sdn Bhd (“Legacy Credit”...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...