AM

Tidak Perlu Cetak Sijil Digital Bagi Individu Lengkap Vaksin Di Negeri Fasa 2 PPN – Noor Azmi

185

GOPENG, 11 Ogos 2021 – Individu di negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah menerima suntik vaksin Covid-19 legkap tidak perlu mencetak sijil digital bagi tujuan pengesahan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata individu tersebut hanya perlu menunjukkan sijil digital dalam aplikasi MySejahtera kepada penguat kuasa jika ingin melakukan perjalanan rentas negeri dan daerah mahupun aktiviti sosial lain.

“Tidak perlu cetak sijil tersebut, cukup dengan hanya menunjukkan aplikasi MySejahtera melalui telefon bimbit kepada pegawai keselamatan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) dan mereka akan lihat dengan teliti” katanya.

Tambah beliau, kaedah lain yang boleh digunakan oleh orang ramai adalah dengan menunjukkan kad fizikal vaksinasi yang diterima selepas lengkap divaksin dengan dua dos untuk ditunjukkan sebagai bukti.

“Setakat ini, hanya itu sahaja SOP yang ditetapkan kerajaan” ujar beliau dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam Dewan Kemas Gopeng di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes penjualan sijil digital pengesahan individu telah lengkap disuntik vaksin Covid-19 dalam platform e-dagang oleh pihak tidak bertanggungjawab yang tular di media sosial dan dikesan di Kedah semalam.

“Penjualan sijil digital itu adalah satu penipuan kerana pihak Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah mengeluarkan perolehan kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan sijil berkenaan”.

“Selain siasatan oleh pihak polis, KKM melalui Unit Inspektorat dan Perundangan juga akan menyiasat dakwaan tersebut” katanya.

Susulan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...