Parlimen @ My LNAPolitik @ My LNA

Azhar Nafi Keluar Surat Dakwa PM Hilang Majoriti

70

11 Ogos 2021- Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menafikan satu berita portal dalam
talian yang mendakwa beliau mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri berhubung ketiadaan majoriti di parlimen.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau menyangkal berita bertajuk “Perdana Menteri terima surat Speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen” dan menyifatkan berita tersebut yang turut tular di aplikasi whatsapps adalah palsu.

Sementara itu, portal Suara.TV menafikan pihaknya mengeluarkan berita sedemikian dan telah memaklumkan kepada pejabat Azhar serta telah menerbitkan penafian dalam portal beritanya.

“Adalah dinyatakan, artikel yang tular menggunakan logo Suara.TV adalah palsu dan berniat jahat,” katanya.

Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima desakan daripada pihak kerajaan iaitu UMNO dan gabungan pembangkang yang mahukan beliau meletak jawatan serta mendesak undi percaya kepada beliau segera.

Krisis kepercayaan kepada perdana menteri menyaksikan 2 orang menteri kabinet persekutuan meletak jawatan selain beberapa individu yang memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah meletak jawatan.

Dalam perutusan beliau sebelum ini, Muhyiddin berjanji akan mengadakan undi percaya pada sidang dewan rakyat September ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...