AMPolitik @ My LNA

Pengumuman PM Buktikan Kerajaan Mempertahankan Perlembagaan – Saifuddin Abdullah

54

5 Ogos 2021 – Kerajaan berharap agar lembaran baru dapat dibuka selaras dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan masih mendapat sokongan dan akan terus berfungsi seperti biasa.

Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, menerusi pengumuman tersebut juga, rakyat diharap dapat mendalami Perlembagaan Persekutuan serta tidak mentafsir sesuatu di luar kotak sehingga menggangap sesuatu perkara yang tidak berlaku telah telah berlaku.

Saifuddin berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan Bicara Naratif terbitan RTM.

Menurutnya lagi, berdasarkan kepada pengumuman Perdana Menteri tersebut juga, terdapat 2 petanda (maksud) iaitu proklamasi darurat sudah ditamatkan pada 1 Ogos yang lepas serta tiada proklamasi baru diisytiharkan.

Selain itu juga, beliau menambah mesyuarat (sidang) parlimen akan diadakan pada bulan September nanti akan menentukan keabsahan jawatan Perdana Menteri yang akan diundi oleh semua ahli Dewan Rakyat.

“Saya percaya ini akan menamatkan debat keabsahan Perdana Menteri. Kami mengaku kami mempunyai angka (bilangan ahli parlimen yang menyokong). Ada orang mengaku dia ada angka.

“Walaupun rakyat tahu bila buat perkiraan, Tan Sri Muhyiddin ada sekian banyak. Di sebelah satu lagi bergantung kepada siapa yang akan dicalonkan menjadi perdana menteri. Ada yang nak si A, ada yang nak si B, si C juga mengaku layak menjadi perdana menteri. 

“Pada saya, janganlah kita bebankan Yang di-Pertuan Agong. Kebijaksanaan baginda telah ditunjukkan pada peringkat pertama dahulu. Setiap ahli parlimen menghadap baginda dalam tempoh 2 hari setengah untuk menyatakan sokongan termasuk ketua-ketua parti”, ujar Saifuddin lagi.  

Beliau turut mengulas mengenai perbahasan dalam Dewan Rakyat yang menurutnya boleh dinilai oleh rakyat.

“Rakyat boleh menilai, siapa yang bangun dengan tertib, siapa yang bahaskan isu pokok seperti pengurusan vaksin dan sebagainya. Rakyat juga mahukan kerajaan yang stabil, boleh seimbangkan kelangsungan hidup, berniaga, boleh mencari makan (pekerjaan) dalam masa yang sama mampu memerangi Covid-19” ujar Saifuddin.

Beliau turut memuji dan berterima kasih kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) yang disifatkan oleh beliau sebagai konsisten dalam menyokong Perdana Menteri.

“Dalam masa yang sama, mereka (PAS) juga meneruskan perbincangan dan aktiviti dengan UMNO dalam Muafakat Nasional.

“Perjalanan demokrasi adalah panjang. Tentu kita mahukan suatu gabungan besar yang mampu menyelamatkan umat, menyelamatkan rakyat dalam situasi pandemik sekarang.

Saifuddin turut mengulas mengenai perletakkan jawatan seorang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, beliau berkata akan ada menteri yang memangku jawatan tersebut atau pengganti daripada UMNO dan perkara tersebut di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Menyentuh mengenai berita palsu, kementeriannya kerap mengeluarkan penafian dan pemakluman berita palsu menerusi Pasukan Respon Pantas KKMM.

Beliau turut menjelaskan bahawa kebebasan media akan sentiasa ditegakkan dan kritikan terhadap kerajaan adalah perkara yang biasa dalam amalan demokrasi selain mengingatkan penyebar berita palsu akan diambil tindakan di bawah perundangan sedia ada.

Selain itu juga, selaras dengan penamatan proklamasi darurat pada 1 Ogos yang lepas, ordinan berita palsu di bawah kementerian beliau juga telah dimansuhkan diparlimen dan diungkaikan pada sidang parlimen bulan September ini.

“Ordinan ini mempercepatkan siasatan sahaja. Selepas siasatan dibuat, seseorang itu akan dituduh di mahkamah oleh Jabatan Peguam Negara sekiranya terdapat kes (untuk dibicarakan).

“Kita ada kes yang dibawa ke mahkamah. Semua yang sedang disiasat, yang akan di bawa ke mahkamah, atau yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah akan berjalan seperti biasa”, ujar beliau lagi.

Berhubung inisiatif kepada rakyat, beliau menjelaskan perancangan-perancangan di bawah pakej rangsangan ekonomi telah dijalankan. Pada masa kini, kerajaan giat menyalurkan peruntukan dan bantuan bersasar kepada sektor yang terjejas termasuk golongan B40, M40 dan T20 secara berperingkat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...