AMKenyataan MediaPolitik @ My LNA

Senator PH Kesal Sidang Dewan Negara Ditangguhkan

69

3 Ogos 2021 – Senator Pakatan Harapan (PH) hari ini kesal dengan tindakan kerajaan yang menangguhkan sidang Dewan Negara dengan notis yang pendek tanpa mengikuti peraturan mesyuarat Dewan Negara yang betul.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, barisan senator Pakatan Harapan turut menyatakan pendirian tegas serta tidak bersetuju dengan sikap derhaka yang ditunjukkan oleh pihak Kerajaan yang membelakangi Titah DYMM Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Kami percaya Dewan Negara yang berfungsi sebagai semak dan imbang proses legislatif di negara ini perlu bebas daripada cengkaman pihak eksekutif yang tidak menghormati sistem demokrasi parlimen dan raja berperlembagaan seperti yang diperuntukan di dalam perlembagaan persekutuan.

Senator Pakatan Harapan turut dimaklumkan bahawa semua ahli parlimen termasuk Ahli Dewan Negara dan kakitangan telah menerima 2 dos vaksin yang melayakkan Herd Immunity dicapai di kawasan parlimen sekaligus menjadikan Dewan Negara selamat untuk bersidang.

“Sebagai Ahli Dewan Negara yang merupakan Dewan Legislatif tertinggi, kami bersetuju dengan titah DYMM Agong bahawa pembatalan Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat oleh pihak kerajaan secara tidak telus dan tanpa melalui kedua-dua dewan dan mendapat perkenan DYMM Agong adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan”, ujar kenyataan tersebut.

Barisan Senator PH turut menjunjung kasih titah YDP Agong yang menggesa Parlimen bersidang bagi membahaskan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat berkaitan.

Terdahulu, tinjauan LNA pada pagi ini menyaksikan seramai 30 orang anggota polis berkawal di hadapan Parlimen selain memeriksa kenderaan yang masuk ke dalam parlimen.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNA

“DIA”, dokumentari biografi terbaharu terbitan RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Dinamika gabungan 5 penerbit berpengalaman daripada...