PUTRAJAYA 2 Ogos 2021 – Pelaksanaan vaksinasi secara jumpa terus atau ‘walk-in’ bagi warga emas akan diperluaskan ke seluruh negara bermula pada minggu hadapan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah membuat keputusan untuk memperluaskan kaedah “walk-in” khususnya bagi warga emas yang belum menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19.
“Inisiatif ini juga adalah bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya lebih 40 peratus populasi dewasa bagi setiap negeri mendapat suntikan vaksin COVID-19 dicapai” katanya pada sidang media mingguan perkembangan PICK semalam.
Jelas Khairy, terdapat negeri yang sudah memulakan inisiatif itu dan terdapat juga negeri yang akan bersedia untuk menerima ‘walk-in’ untuk semua warga emas yang masih lagi belum menerima vaksin mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.
“Pengumuman lanjut akan dibuat oleh CITF negeri-negeri namun secara dasarnya CITF di peringkat persekutuan telah membuat keputusan dan memberikan kuasa kepada CITF negeri untuk memulakannya” jelas beliau.
Bermula bulan ini, CITF akan memberi keutamaan pengedaran bekalan vaksin kepada negeri-negeri yang mengalami peningkatan kes positif COVID-19 serta dua pertimbangan termasuk bagi tujuan kawalan wabak dan kadar suntikan vaksin yang masih rendah.
Dalam pada itu, Khairy turut menyatakan program vaksinasi yang dijalankan di peringkat nasional setakat ini secara keseluruhannya telah mencapai tahap 95 peratus bagi warga emas yang telah berdaftar di mana kesemua mereka telah mendapatkan suntikan vaksin.
“Untuk rekod setakat semalam, seramai 20,533,660 individu telah divaksinasi di seluruh negara membabitkan 13.8 juta untuk dos pertama manakala 6.7 juta individu lengkap kedua-dua dos” katanya.
- Artificial Intelligence (AI) Robots Market to Reach USD 89.57 Billion by 2032, at 29.46% CAGR | Research by SNS Insider
- Sunrise Lawn Care in Katy TX Highlights Community Partnerships
- Singapore’s Tolaram Welcomes IFC Investment in Lagos Free Zone to Boost Industrial Growth and Economic Diversification in Nigeria
- Make the Moment: The 2025 OnePlus Photography Awards Calling for Creativity Worldwide
- MEET48 Unveils Multiple AI Products, Redefining the Future of the Entertainment Industry
Leave a comment