1 Ogos 2021 – Kerja-kerja pemasangan stesen pemancar sementara di Kg. Gelong Badak, Bachok bagi memberikan liputan telekomunikasi kepada para penduduk di sana berjaya disiapkan pada 30 Julai 2021 lalu yakni satu (1) hari lebih awal daripada yang dijadualkan.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkata menara komunikasi tersebut yang tumbang pada petang 22 Julai 2021 lalu akibat cuaca buruk, merupakan menara milik pihak Redtone yang dikongsi bersama dengan syarikat penyedia perkhidmatan yang lain iaitu Celcom, Digi dan Maxis.
“Justeru, pengguna setempat yang mengalami gangguan akibat kejadian tersebut kini dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia kala”, ujar SKMM dalam kenyataan media.
“SKMM ingin merakamkan penghargaan kepada Redtone yang bertungkus lumus untuk menyiapkan pembinaan stesen pemancar sementara berkenaan bagi memastikan liputan perkhidmatan mudah alih kepada orang ramai di kampung berkenaan dapat dipulihkan dengan kadar segera”, ujar SKMM lagi.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment