Parlimen @ My LNA

KKM cadang semua sesi mesyuarat di Parlimen ditangguhkan selama 2 minggu

92

1 Ogos 2021 – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan agar semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen serta pembentangan yang dirancang di Parlimen atau yang melibatkan individu yang berada di Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 ditangguhkan sementara waktu untuk tempoh dua (2) minggu bermula dari 29 Julai 2021.  Katanya cadangan tersebut mengambilkira hasil penilaian risiko semasa dan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19 dari berlaku di Parlimen

“Walaupun jumlah kes positif COVID-19 yang dikesan semasa Sidang Parlimen ini adalah 0.8 peratus, namun hasil penilaian risiko dengan mengambilkira faktor epidemiologi dan persekitaran, didapati persidangan Parlimen merupakan satu perhimpunan yang berisiko tinggi untuk berlaku penularan jangkitan COVID-19” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Dr. Noor Hisham kriteria penilaian risiko tersebut adalah:

Faktor epidemiologi:

1.      Terdapat enam (6) kes (1 kes pertama dan 5 kes pengesahan lanjut dengan RT PCR) dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi (CT value yang rendah) dan bergejala yang memberi risiko berlaku penularan jangkitan dan berpotensi menjadi superspreader.

2.      Seperti sedia maklum kebolehjangkitan adalah tinggi dua (2) hari sebelum gejala dan berterusan sehingga hari ke tujuh (7).

3.      Pergerakan kes di sekitar kawasan Parlimen yang berkemungkinan boleh menyebabkan pendedahan kepada individu lain.

4.      Ramai dalam kalangan yang hadir ke Sidang Mesyuarat Khas Parlimen ini dalam kategori warga emas dan kemungkinan mempunyai faktor komorbid yang meningkatkan risiko jangkitan.

5.      Tidak semua individu yang hadir di Parlimen telah mendapat vaksinasi COVID-19 yang lengkap.

Faktor persekitaran Parlimen

1.      Keadaan dewan Parlimen yang bertutup meningkatkan risiko penularan jangkitan memandangkan virus SARS-CoV-2 tersebar/menular melalui udara dan boleh kekal dalam persekitaran selama beberapa jam (rujukan New England Journal of Medicine, WHO, CDC Atlanta).

2.      Tempoh berada dalam Dewan dan sekitar Parlimen yang panjang memberi risiko pendedahan berulang.

3.      Perkongsian kemudahan asas seperti tandas, surau, kafe dan sebagainya oleh ramai individu termasuk kes.

4.      Penjarakan fizikal dalam Dewan kurang dari satu (1) meter antara satu sama lain walaupun terdapat penghadang meja.

5.      Perkumpulan kecil kerap berlaku di dalam dan di luar dewan.

“Mengambilkira hasil penilaian risiko semasa dan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19 dari berlaku di Parlimen, maka KKM telah mencadangkan agar semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen serta pembentangan yang dirancang di Parlimen atau yang melibatkan individu yang berada di Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 ditangguhkan sementara waktu untuk tempoh dua (2) minggu bermula dari 29 Julai 2021. Penilaian risiko kejadian jangkitan COVID-19 di Parlimen akan dinilai semula dari semasa ke semasa.

Semua individu yang berada di Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 dinasihatkan untuk memantau status kesihatan secara kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya mengalami gejala, sila jalani pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...

AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNATenaga @ My LNAUTAMA

Pelaburan MASDAR perlu menerusi penyertaan program TBB

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan...