Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) hari ini menganjurkan protes terhadap Kerajaan Perikatan Nasional yang didakwa tidak ada kemampuan untuk menyelamatkan negara daripada pandemik Covid-19.
Selain itu juga, kesan turut dirasai terhadap ekonomi, kehidupan dan nyawa rakyat disebabkan kelemahan kerajaan seperti didakwa oleh SSR.
SSR turut menuntut supaya Perdana Menteri dan seluruh kabinetnya meletak jawatan, sidang parlimen diadakan sepernuhnya dan moratorium automatic untuk semua.
Life News Agency (LNA) membawakan situasi secara langsung terus daripada lokasi SSR di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Wartawan : Fadzma Mat Hassan
Jurufoto : Hafis Idzla, Yusri Ibrahim & Nasrol Fazwan
#Lawan 1.07 pm : Keadaan di Dataran Merdeka terkawal. Pendemo #Lawan telah bersurai. Anggota polis masih memantau kawasan sekitar. Terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan berita daripada Life News Agency.
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 12.52 pm : Sekumpulan kecil Doktor Kontrak KKM turut hadir ke perhimpunan dengan membawa plakad Hartal Doktor Kontrak. pic.twitter.com/SzCX86Pjl5
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 12.51 pm : Pendemo #Lawan hadir dengan membawa sepanduk dan plakad mendesak kerajaan berundur setelah gagal mengawal pandemik COvid-19. Rata-rata peserta yang hadir mematuhi arahan pihak berkuasa dan marsyal bertopi putih di bawah SSR. pic.twitter.com/tWwSLFTKZF
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 12.50 : Pendemo #Lawan mula bersurai setelah diarahkan oleh polis. Keadaan terkawal dan dan tiada sebarang insiden provokasi berlaku
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 12.30 pm : Polis masih memantau pergerakkan pendemo #Lawan di sekitar kawasan Dataran Merdeka. Pihak polis dan penguatkuasa DBKL dilihat masih berkawal di sekitar kawasan tersebut. pic.twitter.com/Sj6s3zw0G7
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 12.25 pm : ASRAF SHARAFI, Jurucakap SSR dan Aktivis BERSIH 2.0 sedang mengetuai laungan “Hidup Rakyat”. Seramai 500 orang direkodkan menghadiri perhimpunan ini. pic.twitter.com/HCSn6E7HeE
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 12.25 pm : ASRAF SHARAFI, Jurucakap SSR dan Aktivis BERSIH 2.0 sedang mengetuai laungan “Hidup Rakyat”. Seramai 500 orang direkodkan menghadiri perhimpunan ini. pic.twitter.com/ICq8jhUOnu
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 12.20 pm : Pendemo #Lawan menyanyikan lagu Negaraku dan seterusnya melaung kata-kata HidupRakyat di hadapan DBKL. pic.twitter.com/Lz3Nkpq47S
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 12.19 pm : Pendemo #LAWAN duduk di sepanjang jalan dan persimpangan masuk menuju ke Dataran Merdeka. Polis masih menutup kawasan Dataran Merdeka daripada pendemo yang ingin menuju ke sana. pic.twitter.com/ycUP9PeInw
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 12.02 pm : Pendemo #LAWAN duduk di Jalan Raja Laut kerana dihalang oleh pihak berkuasa daripada memasuki Dataran Merdeka pic.twitter.com/jgxftczoiO
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 12.01 pm : Pendemo #LAWAN masih menggunakan media sosial untuk menekan pihak polis bagi membuka Dataran Merdeka.
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 11.45 pagi : Pendemo #Lawan telah tiba di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka. Pihak SSR sedang berunding dengan wakil polis untuk masuk ke kawasan Dataran Merdeka. pic.twitter.com/lKEv9GzviZ
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 11.40 : Kehadiran Pesuruhjaya SUHAKAM, Dato’ Mah Weng Kwai ke protes #Lawan adalah untuk memantau perjalanan protes yang dianjurkan. Beliau memakai vest warna coklat turut hadir bersama beberapa wakil daripada SUHAKAM pic.twitter.com/wZt47CP5OP
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
11.35 : Pergerakkan pendemo #Lawan ke Dataran Merdeka dalam keadaan mematuhi SOP penjarakan sosial dan memakai pelitup separuh muka. Pendemo turut mematuhi arahan marsyal bertopi putih sebagai pemandu arah ke Dataran Merdeka.
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan pic.twitter.com/8LYIw8MFm6
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
11.20 : Tinjauan di Dataran Merdeka mendapati kon dan penghalang dipasang bagi menghalang rombongan protes #Lawan menghampiri kawasan tersebut.
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan pic.twitter.com/XSh4KRZ8ru
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 11.10 : Polis turut kelihatan daripada Balai Polis Dang Wangi, Brickfields, dan Tun HS Lee hadir dan memantau perjalanan protes. Turut kelihatan sekumpulan 50 orang peguam yang memakai kot hitam turut memantau protes yang dijalankan.
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan Jam 1105: D perkarangan Masjid Jamek seramai lebih kurang 200 orang peserta sedang bekumpul berpakaian hitam berserta bendera hitam & bersorak “bangkit – bangkit, “PM letak jawatan dengan mengunakan pembesar suara. Tian Chua, Naib Presiden PKR kini berasama peserta
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan video di lokasi (2) pic.twitter.com/0Ln7AQKnau
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan Video di lokasi pic.twitter.com/U7iL4K9hdF
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 11.00 pagi : Peserta yg ditemui rata-rata terdiri daripada golongan 18-50 tahun yg hadir bagi sertai protes #Lawan yg dianjurkan oleh SSR. Mereka turut terima Kit Protes SSR yg diedarkan oleh penganjur sebagai garis panduan SOP & panduan sekiranya ditahan oleh polis pic.twitter.com/N9cs4WICc4
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
#Lawan 10.30 pagi : Peserta masih lagi dilihat berkumpul di perkarangan LRT Masjid Jamek dan rata-rata yang hadir mematuhi SOP yang ditetapkan.
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
10.45 pagi. Jumlah peserta semakin bertambah. Di anggarkan kira-kira 200 orang peserta dilihat membawa sepanduk & kain rentang. pic.twitter.com/zPnQxkfjuh
#Lawan 10.00 pagi : Peserta mula dilihat berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Rata-rata peserta yang ditemui mengatakan mereka hadir bagi menyertai protes ini tinggal di sekitar Lembah Klang. pic.twitter.com/g6LVbLfJw2
— Life News Agency (@lifenewsmy) July 31, 2021
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment