AMKenyataan Media

Polis Bakal Operasikan Dron, Mantapkan Operasi Di Sempadan

93

26 Julai 2021 – Kerajaan hari ini telah meluluskan sejumlah RM 48 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk perolehan dron bagi kegunaan polis.

Pengarah Jabatan Logistik Dan Teknologi PDRM, Dato’ Seri Sahabudin Abd Rahman berkata, perolehan 16 unit dron jenis vertical take-off dan landing (VTOL) tersebut adalah menggunakan kuasa bateri berkuasa tinggi dan akan dilengkapi dengan gyro stabilized camera (Electro Optical / Infra Red).

Menurut beliau lagi, pakej perolehan tersebut akan merangkumi mobile ground station vehicle yang dilengkapi dengan turret tracking antenna system, wheather station dan portable global navigation satellite system.

“Dron berkenaan akan digunakan dalam penugasan melibatkan pemantauan serta membanteras ancaman di kawasan sempadan negara dalam usaha menangani pencerobohan, penyeludupan  dan jenayah rentas sempadan”, ujar beliau lagi.

Beliau turut menambah, dron tersebut mampu beroperasi pada waktu malam dan merakamkan penghargaan kepada komitmen kerajaan dalam memastikan pasukan memiliki aset dan kelengkapan terkini bagi memantapkan lagi penugasan agar keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...