27 Julai 2021 – Pengumuman harian berkaitan penguatkuasaan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteruskan oleh Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, Hisham akan memulakan tugas tersebut berkuat kuasa hari ini selaras dengan tugas sebagai Menteri Kanan Kluster Keselamatan yang baharu.
Ismail yang memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan) sejak 20 Mac tahun lepas berperanan sebagai jurucakap kerajaan dalam mengeluarkan kenyataan media berkaitan Task Force Operasi Pematuhan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta 342 bagi mengawal penularan Covid-19 di seluruh negara.
“Setiap hari juga saya menerima serta mengumumkan laporan berkenaan pematuhan SOP, kawalan sempadan negara dan lain-lain perkara dari semua agensi terlibat”.
“Ini bagi memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia berkenaan situasi semasa keselamatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkenaan COVID-19 dan Pelan Pemulihan Negara (PPN)”, ujar beliau lagi.
Ismail turut merakamkan penghargaan kepada anggota pentadbiran, kementerian-kementerian terlibat, agensi, frontliners dan media yang membantu melaporkan perkembangan semasa serta rakyat Malaysia yang mahukan negara bebas dari COVID-19.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang