AMEkonomi @ My LNA

MTFTA Perkukuh Perdagangan Malaysia – Turki

135

13 JULAI 2021 – Malaysia dan Turki semalam menandatangani Deklarasi Bersama Pengembangan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia – Turki (MTFTA) dalam usaha kedua-dua negara memastikan ekonomi terus kukuh pasca Covid-19.

Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Azmin Ali telah mengadakan lawatan Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Turki serta turut menemui rakan sejawat beliau, Tuan Yang Terutama Dr. Mehmet Mus.

Pada pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin menandatangani MTFTA yang dimulakan sejak 2014 akan diperluaskan meliputi bidang perkhidmatan, pelaburan dan e-dagang.

Azmin dan Mehmet turut yakin kepada sistem perdagangan pelbagai hala berdasarkan peranan dan inisiatif integrasi ekonomi yang pragmatik.

“MTFTA yang ditandatangani pada 17 April 2014 dan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2015 memberi keistimewaan dan keutamaan kepada pengeksport Malaysia untuk memperoleh akses pasaran dan kekal kompetetif dalam pasaran Turki”, ujar beliau dalam kenyataan medianya.

Pada tahun 2020, Turki adalah rakan dagang ketiga terbesar di Malaysia, eksport kedua terbesar destinasi dan sumber import kelima terbesar di antara negara-negara di Asia Barat

“Sejak MTFTA dikuatkuasakan pada tahun 2015 rekod perdagangan antara Malaysia dan Turki telah menyaksikan peningkatan yang stabil dan perdagangan dua hala menyaksikan peningkatan yang luar biasa sebanyak 76.8% berbanding tahun 2014, dan pada tahun 2017 ia merekodkan USD2.79 bilion iaitu jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan”, ujar Azmin lagi.

Azmin menambah jumlah perdagangan kedua-dua negara bagi tempoh Januari hingga Mei 2021 meningkat 79.4% menjadi USD1.63 bilion berbanding dengan USD0.88 bilion untuk tempoh yang sama pada tahun 2020.

Kedua-dua pemimpin turut berharap dengan perluasan MTFTA diharapkan dapat memberi dorongan yang besar kepada usaha pemulihan ekonomi yang dilakukan oleh kedua-dua negara, dan membuka jalan untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Turki.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...