Ekonomi @ My LNA

Perdagangan Malaysia – Turki Catat RM 9.62b

84

13 Julai – Malaysia komited untuk meningkatkan perdagangan dua hala dalam usaha mempamerkan negara sebagai destinasi pelaburan pilihan untuk pelabur antarabangsa terutama dalam mengukuhkan hubungan perdagangan dengan Turki.

Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali berkata menerusi Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Turki bagi membincangkan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia – Turki.

Dalam lawatan tersebut, Azmin menemui rakan sejawatnya Tuan Yang Terutama Dr. Mehmet Yus, Menteri Perdagangan Turki serta turut menandatangani Deklarasi Bersama Pengembangan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia – Turki.

Deklarasi ini membolehkan kedua-dua negara mengembangkan potensi pelaburan dalam perkhidmatan, pelaburan dan e-dagang.

Azmin dan delegasi pelaburan Malaysia turut mengadakan pertemuan bersama pelabur dan pemain industri di Turki.

Menerusi Aspirasi Pelaburan Nasional pula, Azmin memberi jaminan Malaysia komited untuk memastikan kemudahan menjalankan perniagaan melalui dasar yang mesra perniagaan dan langkah komprehensif untuk memantapkan kerjasama ekonomi kedua-dua negara.

“Pada tahun 2020, Turki adalah rakan dagang ketiga terbesar di Malaysia dan sumber import kelima di rantau Asia Barat. Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara dicatat pada RM9.62 bilion dengan eksport Malaysia ke Turki berjumlah RM7.62 bilion dan import berjumlah RM2.0 bilion” ujar Azmin dalam kenyataan medianya.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani peneraju perjanjian antara Sapura Technics Sdn Bhd dan Turkish Airlines Technic Inc di Istanbul dalam usaha dan kerjasama strategik bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) operasi di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru.

“Majlis tersebut adalah bukti kepada usaha kerajaan untuk mengukuhkan lagi hubungan perniagaan yang berterusan antara Malaysia dan Turki serta meningkatkan kemajuan Malaysia dalam bidang ekosistem aeroangkasa untuk menjadi peneraju serantau”, ujar beliau lagi.

Azmin turut memaklumkan berhubung pemulihan ekonomi dan strategi untuk keluar daripada masalah pandemik Covid-19 adalah menerusi Pelan Pemulihan Nasional yang komprehensif serta mempercepatkan program imunisasi yang bertujuan untuk memastikan pemulihan ekonomi negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

PADU : Elakkan pendaftaran di saat terakhir

PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 – Pangkalan Data Utama (PADU) telah menyaksikan peningkatan...