AM

DUA KAPAL BERLANGGAR DI PERAIRAN MUAR

225

11 JULAI 2021 – Sebuah kapal tangki dan sebuah kapal kargo telah berlanggar di perairan Muar pada malam Ahad.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 12.03 tengah malam Ahad melibatkan sebuah kapal kargo MV Zephyr Lumus dan kapal tangka MV Galapagos.

“Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat menerusi Maritime Rescue Coordinator Centre (MRCC) Putrajaya mengenai signal kecemasan yang diterima oleh sistem Cospas-Sarsat daripada MV Zephyr Lumos” ujar Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria dalam kenyataan media.

Beliau berkata, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia turut menerima signal kecemasan dari kapal MV Galapagos di kedudukan 14.1 barat daya Kuala Sungai Muar.

“MRSC Johor Bahru telah menyalurkan maklumat kepada Zon Maritim Batu Pahat (ZMBP) dan Pos Pengkalan Hadapan (FOB) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Batu Pahat bagi memohon bantuan aset. Kilat 47 daripada ZMBP dan PSC 37 Pasukan Polis Marin (PPM) telah diaturgerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran kejadian” kata Nurul Hizam. 

Beliau menambah berdasarkan pemerhatian dan pemantauan pihaknya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan kedua-dua pihak tersebut dimaklumkan akan mengambil tindakan lanjut dengan segera” ujar beliau yang turut memaklumkan hotline kecemasan laut boleh dihubungi menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian (07 – 219 9404) atau talian kecemasan MERS 999.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...