SEMASA UTAMA

COVID -19 : Jumlah kes baharu adalah 9,105

11 JULAI 2021 –  Sehingga hari ini, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,105 kes.

Merujuk kepada hantaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 4,682 kes dikuti Kuala Lumpur (1,247), Kelantan (150), Sarawak (270), Negeri Sembilan (541) dan Johor (392).

Selain itu, Kedah merekodkan 382 kes, Pulau Pinang (243), Pahang (300), Terengganu (38), Perak (207), Melaka (278), Sabah (271), Labuan (54) dan Putrajaya (49). Sementara itu Perlis mencatat satu kes baharu.

Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 836,296.