AM

Bayaran Fasa Kedua Pingat Jasa Pahlawan Negara Julai Ini – PDRM

137

7 JULAI 2021 – Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan pembayaran fasa kedua kepada 10,000 penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Zaini Jass berkata, pembayaran kedua one-off sebanyak RM 500.00 ini akan bermula 7 Julai ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan meringankan beban kewangan pesara polis, bekas polis, dan petugas polis era darurat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pembayaran yang sama telah dilakukan menerusi fasa pertama kepada 10,000 penerima yang dibayar mulai 19 April sehingga 25 Mei yang lepas.

“PJPN dianugerahkan kepada petugas-petugas polis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan serta kebaktian kepada negara semasa darurat dan insurgensi komunis”, ujar beliau.

“Sehubungan itu, PDRM menyeru kepada pesara polis, bekas polis, dan petugas polis era darurat (penerima manfaat) yang masih belum mendaftar serta mengemaskini maklumat dan dokumen bagi tujuan pemberian “one-off” ini, diharap agar segera membuat pengemaskinian dokumen”, ujar beliau. “Pesara polis yang terlibat boleh melayari sistem online ePESARA PDRM menerusi pautan https//:epesara.rmp.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-22668387”, ujar Zaini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...