AM

Ismail Sabri TPM, Hishamuddin Menteri Kanan

77

7 JULAI 2021 – Perdana Menteri hari ini mengumumkan perlantikan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta” ujar Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kenyataan hari ini.

“Perlantikan ini akan dapat membantu YAB Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa kini” ujar beliau.

Muhyiddin berkata, Hishammuddin akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Ismail Sabri disamping membantu pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

“Pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti- parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti”, ujar beliau lagi.

Muhyiddin turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Dato’ Seri Hishammuddin  Tun Hussein di atas pelantikan ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...