AMNiaga @ My LNA

TEKUN Nasional disaran bangunkan aplikasi Tekun Lifestyle – Redzuan Yusof

278

KUALA LUMPUR 3 Disember 2019 – Seramai 1000 orang usahawan diraikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun TEKUN Nasional Ke 20 hari ini. Redzuan juga turut menyampaikan pengiktirafan Anugerah TEKUN kepada 16 orang usahawan yang berjaya di seluruh negara berdasarkan prestasi perniagaan yang menunjukkan peningkatan yang cemerlang selepas pembiayaan.

“Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan dalam membantu usahawan mikro khususnya B40 dan melalui TEKUN Nasional perkara ini telah dizahirkan sepanjang 20 tahun ianya beroperasi. Sehingga kini, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan kepada 438,178 orang usahawan di seluruh Malaysia dengan jumlah sebanyak RM5.67 bilion. Daripada jumlah tersebut, seramai 200,000 orang usahawan masih aktif membayar balik pembiayaan TEKUN dan berniaga dalam pelbagai sektor perniagaan” ucap Redzuan.

Di samping itu Redzuan juga menyarankan kepada TEKUN Nasional untuk membangunkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai TEKUN lifestyle di mana terdapat pelbagai modul seperti e-commerce, e-billing, e-wallet dan e-learning.

” Aplikasi ini akan menghubungkan sesama usahawan dalam urusniaga di samping menjana pendapatan. Melalui platform ini, usahawan akan dapat menjimatkan kos perniagaan serta kitaran
perniagaan akan dapat disingkatkan.” jelas beliau.

Turut hadir sama pada majlis tersebut adalah YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YBhg. Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor, Pengerusi TEKUN Nasional, YBrs. Datuk Wan Suraya Wan Md. Radzi, Ketua Setiausaha MED serta pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...