AM

YAB Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara

149

PUTRAJAYA 2 Disember – YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara yang ketiga pada hari ini disini.

Sumber foto : Facebook Page rasmi Timbalan Perdana Menteri

Majlis kali ini menyentuh mengenai inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan iaitu penggubalan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual; memperkenalkan Program Rintis Diversion sebagai pendekatan alternatif untuk mengendalikan pesalah kanak-kanak tanpa melalui sistem keadilan sedia ada; merangka Standard Operating Procedure (SOP) khususnya berhubung mekanisme untuk mengesan atau menghalang kemasukan pesalah seksual daripada memasuki Negara; serta penyediaan Pelan Strategi Kebangsaan Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur bagi menangani punca-punca perkahwinan bawah umur di peringkat akar umbi.

Di samping itu Kerajaan turut memperkenalkan pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak sebagai langkah pembaharuan di dalam melindungi hak dan menjamin kesejahteraan kanak-kanak.

Sumber foto : Facebook Page rasmi Timbalan Perdana Menteri

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, Kerajaan juga sedang menggubal Rang Undang-undang Warga Emas serta melaksanakan kajian bagi penjagaan warga emas sebagai salah satu usaha kerajaan bagi persiapan ke arah negara tua menjelang 2030 dan satu kajian mengenai peluang pekerjaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merangkumi pekerjaan formal dan tidak formal di sektor awam serta sektor swasta, yang memberikan maklumat yang penting dari segi kesediaan majikan dan tahap keupayaan OKU turut sedang dilaksanakan.

Dr. Wan Azizah turut menyentuh tentang isu dan permasalahan berkaitan sekolah tahfiz di negara yang perlu diberi perhatian segera di mana ia melibatkan isu tadbir urus, perundangan, pendaftaran, pemantauan, keselamatan pelajar, kualiti pengajar serta silibus pendidikan.

“Majlis pada hari ini telah bersetuju dengan tiga (3) kertas pertimbangan iaitu Masalah Kesihatan Mental dalam Kalangan Masyarakat oleh Kementerian Kesihatan   Malaysia (KKM), Strategi Menangani Masalah Mental di Kalangan Murid Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Pelan Perancangan Bersepadu Penambahbaikan Penyertaan OKU Dalam Perkhidmatan Awam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Majlis juga mengambil maklum dan bersetuju dengan empat (4) kertas makluman yang telah dibentangkan iaitu Memperkasa Penempatan Pekerjaan OKU dalam Sektor Swasta oleh Kementerian  Sumber Manusia (KSM), Perancangan Jangka Panjang bagi Menangani Gejala Sosial Dalam Kalangan Belia dan Langkah-langkah Mengatasinya oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Program Sayangi Komuniti oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) dan Kajian Mengarusperdanakan Gender oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)” jelas KPWKM.

Menurut KPWKM lagi, Majlis telah membuat bersetuju bahawa Program Intervensi Berfokus Minda Sihat (ProMIND) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mensasarkan pelajar-pelajar berlatar belakang keluarga yang berisiko, kerjasama serta komitmen semua Kementerian, Jabatan dan Agensi adalah diperlukan  dalam memenuhi pencapaian pengisian 1% peluang pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam Perkhidmatan Awam di mana dalam masa yang sama kesesuaian Pekeliling Perkhidmatan sedia ada mengenai dasar pencapaian 1% peluang pekerjaan kepada OKU perlu dilihat  semula supaya lebih berkesan dan akhir sekali remaja-remaja yang berisiko dan yang berada di kumpulan B40 akan lebih diberi perhatian untuk menyertai program intervensi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Tambah KPWKM lagi Dr. Wan Azizah turut memberi penekanan terhadap kerjasama bersepadu di antara semua pihak termasuk kementerian/jabatan/agensi Kerajaan, pihak swasta, NGO, ahli akademik dan penglibatan setiap anggota masyarakat dalam menangani isu sosial di Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...