Home Alam Sekitar Mujahid seru sama-sama berdoa untuk Pantai Timur dan laporan terkini dari MET
Alam SekitarAM

Mujahid seru sama-sama berdoa untuk Pantai Timur dan laporan terkini dari MET

PUTRAJAYA 2 Disember 2019 – Menteri di Jabatan Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof pada hari ini mendoakan seluruh masyarakat di Pantai Timur terutamanya kepada mangsa banjir agar tabah dan sabar dalam menghadapi musim banjir yang sedang berlaku di Pantai Timur.

Beliau juga turut mengajak semua umat Islam bersama-sama mengamalkan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menghadapi musibah banjir dan hujan lebat iaitu:


اَ للَّهُمََّّ حَوَالَيْنَا وَلََّ عَلَيْنَا، اَللَّهُمََّّ عَلَى اْلآكَا مَّ وَال ظرَا ب، وَبُطُوْ نَّ اْلأَوْ ديَ ةَّ وَمَنَاب تَّ الشَّجَ رَّ

“Yaَ Allah,َ turunkanlahَ hujanَ diَ sekitarَ kami,َ janganَ yangَ merosakkan kami. Ya, Allah! turunkanlah hujan di dataran tinggi, di bukit-bukit, di perut lembah dan tempat tumbuhnyaَ pepohonan.”- Riwayat al-Bukhari.

Berkaitan dengan perkara yang sama, Jabatan Metrologi Malaysia pada hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Amaran Cuaca Bahaya (Merah) dan Buruk (Jingga) yang telah dikeluarkan pada 10.50 pagi, 1 Disember 2019 telah diturun taraf ke Amaran Waspada (Kuning) berkuatkuasa sehingga 3 Disember 2019 yang melibatkan Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Putih, Jeli dan Kuala Krai di Kelantan, Daerah Besut, Setiu,Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang di Terengganu dan Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Amaran Cuaca Buruk (Jingga) yang masih berkuatkuasa dikemas kini sehingga 2 Disember 2019 yang melibatkan kawasan Daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala Amaran Cuaca Waspada (Kuning) yang masih berkuatkuasa dikekalkan sehingga 3 Disember 2019 melibatkan kawasan Jajahan Gua Musang di Kelantan, Daerah Jerantut di Pahang dan Daerah Mersing di Johor.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...