AMNiaga @ My LNA

MED selaras program promosi dan pemasaran produk halal Malaysia ke Jepun sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 – Redzuan

95

KUALA LUMPUR 3 Disember 2019 – Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pada hari ini memaklumkan bahawa menerusi keputusan Jemaah Menteri pada 21 Ogos 2019 yang lalu, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) kini telah diberi tanggungjawab baharu di bawah Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) untuk membangun industri halal tempatan dengan fokus kepada inovasi, pembangunan produk dan perkhidmatan halal dalam ekosistem keusahawanan yang berdaya saing.

“Melalui peranan baharu ini, Kementerian Pembangunan Usahawan akan menyusun semula strategi, menyelaras inisiatif dan menggerakkan kekuatan setiap kementerian yang mempunyai kepentingan dalam pembangunan industri halal secara sinergi bersama. Ini termasuklah menyelaras program promosi dan pemasaran produk halal Malaysia ke Jepun sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020.

Beberapa program sedang diatur dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia dan MATRADE untuk penyertaan usahawan dan PKS dalam pelbagai program promosi dan pemasaran produk halal di Jepun.” jelas Redzuan ketika berucap di Majlis Penutup Best Exporters Program (BEP) dan Pelancaran ODELA di Hotel Royal Chulan hari ini.

Tambah beliau antara program yang sedang dijadualkan di Jepun ialah satu program promosi dan pameran produk halal Malaysia yang dikenali sebagai Malaysia Street 2020 selama dua (2) bulan dari 8 Julai hingga 6 September 2020 dengan tema “Malaysia in Japan for Tokyo 2020”.

“Bagi tujuan tersebut, satu tapak yang strategik dan berada dalam radius lokasi acara Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 telah dikenalpasti oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia.

Ini adalah antara inisiatif yang diambil oleh pihak Kementerian bagi membantu mengukuhkan lagi sektor eksport negara terutamanya bagi industri halal.” jelas Redzuan.

Berhubung dengan program BEP, Redzuan memaklumkan bahawa MED akan memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta dalam program BEP2.0 mulai tahun 2020. Usaha MED tersebut adalah sebagai tanda sokongan Kementerian terhadap inisiatif-inisiatif yang selaras dengan wawasan kerajaan dan memberi manfaat kepada sektor PKS negara.

Di samping itu, beliau berkata bahawa inisiatif yang diambil oleh anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) bersama-sama dengan JNJ Group untuk melancarkan ODELA, salah satu Platform Digital PKS Kebangsaan, merupakan sesuatu yang tepat pada masanya terutamanya dengan desakan Revolusi Industri 4.0.

“Saya yakin platform ODELA ini akan membantu hasrat kerajaan dalam mengukuhkan ekonomi digital negara yang sememangnya akan membuka lebih banyak peluang dan membawa pulangan yang besar. Seiring dengan teras DKN2030 dalam menstrukturkan dan menambahbaikkan ekosistem keusahawanan negara, ODELA akan memainkan peranan Tanggungjawab Sosial Digital dengan menyediakan fungsi yang lengkap untuk memenuhi keperluan unik industri dan organisasi B2B.” jelas Redzuan.

Kaji selidik oleh Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2017 menyatakan bahawa pendapatan urus niaga e-dagang mencatatkan nilai sebanyak RM447.8 bilion berbanding RM398.2 bilion pada tahun 2015. Dari kaji selidik tersebut juga didapati bahawa pendapatan tertinggi daripada transaksi e-dagang mengikut jenis pelanggan adalah daripada transaksi Business to Business (B2B) iaitu sebanyak RM352.2 bilion.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...