Home Alam Sekitar 40 batang anak pokok ditanam sempena Program Penanaman Pokok Kebangsaan di Taman Rusa, Parlimen Malaysia
Alam Sekitar

40 batang anak pokok ditanam sempena Program Penanaman Pokok Kebangsaan di Taman Rusa, Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR 3 Disember 2019 – Sebanyak 40 batang anak pokok telah ditanam semasa Program Penanaman Pokok Kebangsaan yang dijalankan di Taman Rusa, Parlime Malaysia semalam.

Program tersebut disertai oleh Jemaah Menteri, Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta Ahli-ahli Parlimen yang meliputi Pokok Kebangsaan iaitu pokok Merbau serta pokok-pokok hutan bernilai yang lain termasuk pokok Chengal, Belian, Meranti Kuning, Kapur dan Jelutong. Antara tujuan program tersebut diadakan adalah bagi mempromosikan pokok Merbau sebagai Pokok Kebangsaan selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kawasan berhutan serta nilai dan keunikan pokok-pokok hutan negara.

Gambar-gambar kredit kepada Pejabat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

“Pengiktirafan pokok Merbau (Intsia palembanica) sebagai Pokok Kebangsaan telah dibuat pada 23 Ogos 2019 oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan Majlis Perasmian Pameran ‘Hutan Kita’ yang telah diadakan di Menara Kuala Lumpur.

Pengiktirafan Pokok Kebangsaan dibuat bagi mencerminkan kekayaan biodiversiti negara dan kesungguhan dalam memelihara sumber alam semula jadi yang telah dianugerahkan khususnya khazanah hutan.” terang Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar di dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Terang Xavier lagi Pokok Merbau telah diangkat sebagai Pokok Kebangsaan kerana ketahanan kayu pokok ini melambangkan keutuhan integriti hutan negara hasil daripada pengurusan hutan secara berkekalan dan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan yang telah dilaksanakan.

Program Penanaman Pokok Kebangsaan tersebut dianjurkan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Parlimen Malaysia dan pada masa akan datang Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan turut bekerjasama dengan Parlimen Malaysia dalam melaksanakan penanaman pokok-pokok spesies hutan yang bersesuaian di sekitar kawasan Parlimen bagi menghijaukan lagi kawasan tersebut.

“Menanam pokok sewajarnya menjadi amalan semua lapisan masyarakat dan adalah diharapkan ahli-ahli Parlimen yang terlibat dalam program penanaman pokok pada hari ini menjadikannya sebagai satu program yang diamalkan di kawasan Parlimen masing-masing.” kata Xavier.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

Alam SekitarHighlightsMY LNA

Penyertaan Malaysia Ke Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023

Dunia memberi perhatian kepada agenda air dan Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu...

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Kolaborasi TNB dan PLUS Sedia 18 Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik TNB Electron Di 9 R&R Sepanjang Lebuh Raya

AYER KEROH, 16 Februari 2023 – Pemilik kenderaan elektrik yang menggunakan rangkaian...