PUTRAJAYA: 5 JULAI 2021 – Pelajar Malaysia yang akan menyambung pengajian ke luar negara boleh memohon untuk mendapatkan suntikan vaksin secara janji temu menerusi Aplikasi MySejahtera.
Menteri Penyelaras Program Imunisasis COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kerajaan membenarkan pemberian vaksin kepada pelajar tersebut namun tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan.
“Bagi mereka yang berusia 17 tahun dan akan meningkat ke 18 tahun dalam tahun ini khususnya mereka yang akan keluar negara boleh divaksinkan dengan syarat ibu bapa dan penjaga mereka perlu mendatangani surat persetujuan” katanya.
Sehingga kini, sebanyak 8,615 janji temu bagi permohonan awal pengambilan vaksin telah dikeluarkan bagi pelajar yang akan melanjutkan pengajian di luar negara dalam PICK.
Khairy berkata demikian dalam sidang media mingguan perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di Putrajaya hari ini.
Dalam sidang media yang sama, Khairy turut menyatakan sehingga kini, seramai 16.9 juta yang telah berdaftar dalam PICK. Daripada jumlah itu, 5.4 juta adalah pendaftaran bagi Fasa 2 dan 11.5 juta pula adalah bagi Fasa 3.
“Bagi warga emas yang berdaftar adalah sebanyak 2.89 juta dan 20.8% daripada mereka telah diberikan janji temu dan dijangkakan akan menerima suntikan dos pertama mereka pada bulan ini” katanya.
- Lek Hang Group Announces Highly Anticipated Soft Opening of Hotel Central
- BingX Introduces $REZ Spot Trading Amid Growing Popularity of Ethereum Restaking Ecosystem
- NTTDATA earns the Best Place to Work certification in USA for 2024
- ITTF Men’s and Women’s World Cup Macao 2024 Presented by Galaxy Entertainment Group Successfully Concluded with Diversified Extended Activities to Enhance the Atmosphere of “City of Sports”
- FTLife Pre-Announces Name Change to Chow Tai Fook Life Insurance Company Limited
Leave a comment