AM

1 tapak projek di Melaka dan 1 tapak projek di Perak ditutup akibat tidak patuh SOP- CIDB

119

5 JULAI 2021 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memaklumkan bahawa satu tapak bina di Melaka dan satu lagi di Perak diarahkan menghentikan operasi.

Menurut CIDB dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Satu Pemeriksaan Operasi Bersepadu SOP COVID-19 PKP 3.0 oleh Penguatkuasa CIDB Negeri Melaka bersama CIDB HQ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah dilakukan sekitar daerah Melaka. Satu tapak bina diperiksa dah didapati tidak patuh SOP.

“Satu (1) tapak yang menjalankan projek pembangunan perniagaan, hotel dan kondotel didapati tidak patuh SOP dan telah diarahkan untuk menghentikan operasi dengan serta merta oleh pasukan penguatkuasa kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan iaitu Tiada rekod pengurusan pekerja dan saringan gejala, Beroperasi melebihi kapasiti 60% pekerja, Tiada saringan suhu dilaksanakan di pintu masuk yang digunakan serta direkodkan dan Tiada kenderaan yang disediakan oleh syarikat bagi pergerakan pekerja.

Tindakan yang diambil adalah Notis N3E/2021: Notis Pemberhentian Kerja Pembinaan (pelanggaran kewajipan oleh kontraktor) dan Notis N2/2015: Mengemukakan Maklumat Mengenai Industri Pembinaan (kontraktor)”. kata CIDB.

Sementara itu Satu Operasi Pemeriksaan Tapak Bina PKP 3.0 CIDB Negeri Perak telah dilakukan di Daerah Taiping, Perak. Bilangan tapak bina yang diperiksa adalah sebanyak 9 tapak dan didapati 3 tapak bina tidak beroperasi, 5 tapak bina beroperasi dan patuh SOP MKN dan 1 tapak bina tidak patuh SOP.

“Tapak tersebut telah diarahkan untuk menghentikan operasi dengan serta merta oleh pasukan Penguatkuasaan CIDB Negeri Perak kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan iaitu Pengisytiharaan untuk kebenaran beroperasi (MITI) didapati bercanggah di tapak beroperasi, Rumah penginapan pekerja disediakan di tapak bina tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Beroperasi melebihi kapasiti 60% pekerja dan Kebanyakan pekerja tidak mematuhi SOP tapak bina yang telah ditetapkan.

Tindakan yang diambil adalah Notis N3E/2021: Notis Pemberhentian Kerja Pembinaan (pelanggaran kewajipan oleh kontraktor).” kata CIDB.

Sebanyak 187 tapak pembinaan diarah tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu, berikutan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, sebanyak 4,067 tapak pembinaan telah diperiksa oleh CIDB. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 781 (19%) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 3,286 (81%) tidak beroperasi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...