AM

PPN peringkat negeri secara berfasa lebih adil

138

3 JULAI 2021 – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi peringkat negeri secara berfasa adalah lebih adil kerana ia membolehkan peralihan lebih
awal bagi negeri-negeri yang berjaya menurunkan kes dengan ketara serta mencapai nilai ambang yang digariskan.

Tambah beliau, PPN yang dilaksanakan sejak awal Jun lepas telah menyaksikan perkembangan yang positif
apabila negeri-negeri seperti Perlis, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu yang berjaya mencapai nilai ambang Fasa Dua akan beralih kepada Fasa Dua PPN pada 5 Julai ini.

“Kita perlu memberi penghargaan kepada mereka yang dapat mencapai nilai ambang dan terus memberi motivasi kepada negeri lain untuk mencapai sasaran yang ditetapkan untuk negeri masing-masing,” katanya yang juga Menteri Penyelaras PPN pada sidang media bersama Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Menurut Tengku Zafrul lagi, selepas sebulan Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kelima-lima negeri itu mencatatkan penurunan kes harian antara 12.2 peratus dan 6.1 peratus bagi 100,000 penduduk, peningkatan kapasiti di wad ICU yang pulih kepada paras sederhana dan tidak lagi berada di tahap kritikal serta kadar vaksinasi mencapai antara 10 peratus dan 40 peratus bagi populasi dewasa.

“Dengan perkembangan ini, dicadangkan agar kerajaan memberi autonomi, insentif dan harapan kepada setiap negeri untuk sama-sama berusaha memutuskan rantaian COVID-19, meningkatkan vaksinasi dan beralih daripada Fasa Satu kepada fasa seterusnya,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...