SEMASA

COVID -19 : Jumlah kes baharu adalah 6,658

3 JULAI 2021 –  Sehingga hari ini, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,658 kes.

Merujuk kepada hantaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 3,047 kes dikuti Kuala Lumpur (616), Kelantan (89), Sarawak (361), Negeri Sembilan (699) dan Johor (414).

Selain itu, Kedah merekodkan 145 kes, Pulau Pinang (142), Pahang (200), Terengganu (51), Perak (101), Melaka (345), Sabah (322), Labuan (108) dan Putrajaya (16). Sementara itu Perlis mencatat dua kes baharu.

Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 772,607.