AMKenyataan MediaMuzik & Hiburan @ My LNA

RM 189.2 juta Dana PRISMA dan PEMULIH Bantu Penggiat Industri Kreatif – Saifuddin

113

PUTRAJAYA 2 JULAI 2021 – Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) menyediakan sejumlah RM 189.2 juta dana di bawah Pakej Rangsangan  Industri Kreatif  Malaysia  (PRISMA) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi memberi sokongan kepada para penggiat seni sejak penularan pandemik Covid-19.

Menteri Komunikasi Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, pecahan sebanyak RM 89.2 juta disediakan di bawah peruntukan sedia di bawah PRISMA untuk melaksanakan 32 program di bawah KKMM, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyCreative Ventures dan Agensi Pembangunan  Ekonomi Seni  Budaya  (CENDANA).   

“Sehingga  1 Julai 2021, kesemua 32 program di bawah PRISMA telah dibuka dengan sebanyak 13,712 permohonan telah diluluskan bersamaan dengan nilai RM48.8 juta dan melibatkan sebanyak 19,000 pekerjaan”, ujar Saifuddin dalam kenyataan hari ini.

PRISMA terbuka kepada 4 kategori iaitu kategori penggiat industri filem, muzik, kandungan kreatif digital dan penggiat seni visual, persembahan dan kraf.

Saifuddin turut memaklumkan di bawah PEMULIH peruntukan tambahan RM100 juta disediakan bagi melaksanakan 13 inisiatif utama dalam bentuk kemudahan pembiayaan, pembangunan kapasiti, akses pasaran dan promosi, serta produksi di televisyen dan radio dan mensasarkan lebih 8,000 penerima manfaat daripada pelbagai bidang antaranya penyanyi, pemuzik, pelakon, penulis skrip, penciptaan lagu, penggiat teater, artis seni persembahan, kraf, syarikat penerbitan serta kru produksi dan teknikal di belakang tabir.

“Sebanyak 35,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan daripada inisiatif ini. Peruntukan ini juga akan digunakan untuk meneruskan program-program di bawah PRISMA yang sedang dilaksanakan”, ujar beliau lagi.

Saifuddin menyarankan para penggiat seni mengambil peluang untuk memohon program-program yang masih dibuka. Tawaran program boleh dilayari melalui laman web KKMM di alamat www.kkmm.gov.my/awam/prisma dan di laman web agensi-agensi KKMM yang sentiasa aktif berkongsi maklumat terkini program dan aktiviti berkaitan industri kreatif di media sosial iaitu:

RTM                :                       www.rtm.gov.my/index.php/terkini/pengumuman/4899-pakej-

rangsangan-industri-kreatif-malaysia

FINAS            :                       www.finas.gov.my/prisma

MDEC            :                       www.mdec.my/prisma

MyCreative Ventures:         www.mycreative.com.my/prisma

CENDANA    :                       www.cendana.com.my/opportunities/prisma

“Kerajaan peka dan prihatin tentang nasib penggiat seni serta hala tuju industri kreatif yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19. Sejak awal penularan pandemik COVID-19, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah melancarkan pelbagai inisiatif bagi memberi sokongan kepada para penggiat seni”, ujar beliau lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...