AM

Pergerakan Untuk Vaksinasi dan Perubatan di Lokaliti PKPD Dibenarkan – KPN

90

KUALA LUMPUR 2 JULAI 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membenarkan pergerakan untuk tujuan pengambilan vaksinasi dan perubatan di lokaliti PKPD.

Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagi tujuan tersebut PDRM akan membenarkan seramai 3 orang (termasuk pemandu) untuk tujuan tersebut.

“Penduduk di lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi Mysejahtera, laman sesawang, kad janji temu atau mesej pesanan ringkas (SMS) kepada petugas” ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara case to case basis.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan lengkuk penularan Covid-19” ujar beliau lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...