AM

FINAS Serbu Produksi Langgar SOP PKP3.0

86

2 JULAI 2021 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menyerbu sebuah premis yang menjalankan aktiviti penggambaran filem dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa Pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dr. Ahmad Idham Nadzri berkata, serbuan dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasa, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS di premis yang terletak di Sunway Velocity Cheras dan kes disiasat di bawah Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).

“FINAS ingin mengingatkan kepada semua syarikat produksi untuk terus mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung kes penularan pandemik COVID-19”, ujar Ahmad Idham dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menambah FINAS komited untuk bertindak lebih agresif dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP PKP 3.0 ini serta mengalu-alukan sebarang aduan daripada masyarakat awam untuk melaporkan kepada FINAS sekiranya mendapati berlaku pelanggaran SOP melibatkan aktiviti penggambaran.

Sebarang aduan dan pertanyaan lanjut boleh berhubung menerusi talian 03-41041300 (Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan) dan emel di info@finas.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...