Pendidikan @ My LNA

Tiada sesiapa boleh memanipulasi proses perolehan – KPM

98

PUTARAJAYA 1 Disember 2019 – Berhubung dengan dakwaan petender mengemukakan laporan bank palsu ketika menyertai tender bagi kontrak bermula 1 Januari 2019, pihak Kementerian telah menjalankan gerak kerja bagi menyemak semua penyata bank kontraktor yang berjaya memperolehi tender dan didapati sebahagian kontraktor Bekalan Makanan Bermasak (BMB) telah mengemukakan penyata bank yang palsu. Maka kontrak mereka ditamatkan dan laporan polis juga telah dibuat.

Mengulas lanjut, disebabkan oleh bilangan petender yang terlalu banyak (275,000 petender telah menyertai tender-tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK), Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan BMB melalui sistem ePerolehan), KPM menghadapai kesukaran untuk membuat pengesahan kesahihan penyata bank dengan pihak bank dan KPM juga juga memerlukan masa untuk memastikan pemilik syarikat yang melepasi syarat-syarat teknikal bukan dari kalangan pemilik yang syarikatnya telah disenarai hitamkan atau bermasalah.

“Faktor tempoh masa amat penting untuk meneliti perkara ini secara lebih mendalam dan dibersihkan menerusi satu mekanisme pemutihan kesahihan petender yang sedang diusahakan. KPM mahu memberi peringatan yang jelas bahawa KPM tidak akan bertolak ansur dalam memastikan tiada sesiapa yang boleh memanipulasi proses perolehan.

Oleh kerana proses pemutihan akan mengambil masa, kontraktor sedia ada BMB akan dibenarkan untuk terus beroperasi sehingga kontraktor baharu benar-benar dapat disahkan layak dan bebas daripada unsur-unsur tidak berintegriti. Pelantikan kontraktor sedia ada dalam meneruskan perkhidmatan akan dibuat berdasarkan prosedur dan tatacara perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa” jelas KPM.

Tambah KPM, tender PKK dan KBK akan diteruskan seperti yang dirancang memandangkan syarat-syarat teknikal yang terperinci telah dikuatkuasakan kepada kedua-dua tender perkhidmatan ini. KPM turut menafikan adanya tekanan daripada Pejabat Menteri Pendidikan mahupun pihak-pihak lain dalam perlaksanaan perolehan seperti mana yang telah ditularkan oleh pihak-pihak tertentu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Etika didik hibur menggunakan media sosial di sekolah

Oleh: Dr. Abd. Aziz Rekan, Hafeezur-Rahman Awel Didik hibur adalah pedagogi yang...

AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPendidikan @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

PPKI SMK Kota Masai ‘Raja’ Merentas Desa Pendidikan Khas Pasir Gudang 

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi dan Abdul Muiz Ab Rahman  PASIR GUDANG – PPKI SMK Kota Masai dinobatkan sebagai Juara  Keseluruhan...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...