Home AM KPLB sasar pemasangan baru 60 ribu unit lampu jalan kampung – Rina Harun
AM

KPLB sasar pemasangan baru 60 ribu unit lampu jalan kampung – Rina Harun

KUALA LUMPUR 2 Disember 2019 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini menyatakan bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyasarkan pemasangan sebanyak 60 ribu unit lampu jalan kampung yang baru bagi sehingga tahun 2020.

Menjawab soalan dari YB Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) di Dewan Rakyat hari ini, Rina menjelaskan bahawa KPLB telah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tempoh 2019 – 2020 di mana pemasangan sebanyak 35 ribu unit lampu jalan kampung menjadi sasarannya.

Manakala tambahan 25 ribu unit lampu jalan kampung lagi diperolehi dari kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Dana Incentive Based Regulation (IBR).

Tambah Rina, ini menjadikan jumlah keseluruhan lampu jalan kampung yang akan dipasang adalah sebanyak 60 ribu unit di mana 26 ribu unit adalah dalam bentuk High Pressure Sodium Vapour (HPSV) dan 34 ribu unit lagi adalah dalam bentuk light-emitting diode (LED).

Sementara itu sebagai jawapan kepada soalan dari YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (SIBUTI) , Rina menegaskan bahawa pemasangan lampu jalan kampung yang dirancangkan oleh KPLB tersebut adalah merangkumi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...