AM

Pindaan RUU Racun : Dakwaan pengamal perubatan akan terus dipenjara tidak benar

86

KUCHING 1 Disember 2019 – Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada hari ini menafikan dakwaan bahawa pengamal perubatan akan terus dikenakan hukuman penjara sekiranya tidak mengeluarkan preskripsi atas permintaan pesakit.

Sambil merujuk kepada artikel yang disiarkan di portal Free Malaysia Today yang berjudul “MMA slams proposed fine, jail for doctors refusing to give prescription slips dan beberapa laporan yang lain yang memetik kenyataan dari Dr N Ganabaskaran Presiden Malaysian Medical Association (MMA) yang mengkritik Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini, Dr. Dzulkefly menegaskan bahawa pesakit mesti terlebih dahulu menjalani sesi konsultasi dengan seorang pengamal perubatan berdaftar sebelum boleh mendapatkan preskripsi.

“Akta Racun 1952 memperuntukkan bahawa seorang pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar boleh membekalkan racun (ubat) untuk tujuan rawatan pesakitnya atau pelanggannya.

Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2019 (Bacaan Pertama di Dewan Rakyat) antara lain memperkenalkan peruntukan baru yang mewajibkan pengamal perubatan berdaftar untuk mengeluarkan preskripsi sekiranya diminta oleh pesakitnya. Niat peruntukan ini adalah bagi memastikan hak pesakit dijamin dengan diberi pilihan setelah selesai sesi konsultasi untuk menentukan tempat mendapatkan bekalan ubat bagi rawatannya, samada di fasiliti perubatan itu sendiri atau di sebuah farmasi luar.” jelas Dr. Dzulkefly.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly menjelaskan bahawa cadangan peruntukan baru ini tidak menyekat pengamal perubatan berdaftar untuk membekalkan ubat kepada pesakitnya sekiranya pesakit memilih untuk mengambil ubat di fasiliti perubatan mereka sepertimana amalan semasa.

Berhubung dengan bantahan yang diterima ke atas jenis hukuman yang dikenakan sekiranya peruntukan ini tidak dipatuhi, Dr. Dzulkefly menjelaskan bahawa setelah berbincang dengan dengan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Penasihat Kesihatan (HAC) dan Kamar Peguam Negara, pihak KKM bersetuju untuk meneliti semula perkara ini dan akan membentangkan cadangan penambahbaikan dalam masa terdekat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...