Politik @ My LNA

ABIM gesa kerajaan bertanggung jawab atas kesempitan rakyat

152
Old empty wallet in the hands .Vintage empty purse in hands of women . Poverty concept, Retirement. Special toning

25 JUN 2021 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berlangsung ini, menunjukkan tanda-tanda kesempitan hidup yang semakin parah dalam kalangan rakyat.

Menurut Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan media semalam, berdasarkan laporan dari Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC) menyatakan lebih 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40 yang memberi tamparan hebat terhadap pendapatan rakyat Malaysia.

“Selain itu, menerusi dialog Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendedahkan data dan fakta yang menunjukkan situasi ekonomi rakyat yang amat meruncing. Antaranya 200,000 orang hampir kosong simpanan mereka di KWSP, 6.24 juta ahli di bawah 55 tahun hanya ada kurang dari RM10,000 dalam Akaun 1, serta berdasarkan Purata Simpanan Kebangsaan Rakyat Malaysia, tanpa KWSP purata rakyat Malaysia yang mempunyai tabungan adalah negatif 0.5%.

Dalam masa sama, kerajaan hari ini masih gagal untuk mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi. Menurut kenyataan dari YAB Perdana Menteri, kerajaan gagal untuk memberi 400,000 dos vaksin sehari akibat dari kegagalan dari pihak pembekal untuk membekalkan vaksin mengikut kehendak negara. Kerajaan turut mendakwa kegagalan ini mempunyai kaitan dengan faktor monopoli vaksin dari negara-negara maju.

Kenyataan ini menzahirkan bahawa usaha melawan Covid-19 menerusi sasaran mencapai imuniti kelompok akan berlarutan untuk satu tempoh yang lama dan sudah pasti sekatan seperti PKP yang dijalankan mungkin akan turut berpanjangan dan memberi gambaran Pelan Pemulihan Negara bakal berlanjutan.” kata Faisal.

Justeru, ABIM menggariskan beberapa gesaan untuk pihak kerajaan sebagai mengambil tanggungjawab atas kesengsaraan hidup rakyat yang berlaku.

Pertama, ABIM gesa kerajaan bertanggungjawab terhadap kesan langsung dari PKP yang diumumkan ke atas rakyat. Satu pakej bantuan besar-besaran harus ditunaikan kepada rakyat meliputi B40 serta M40 yang juga berada dalam kedudukan bakal tergelincir ke golongan B40 pada bila-bila masa. Ini termasuk moratorium pinjaman automatik yang harus dilaksanakan sama seperti PKP 1.0.

Kedua, pihak kerajaan harus berusaha mencari alternatif atas kegagalan yang berlaku secepatnya termasuk kegagalan untuk mendapat bekalan vaksin yang mencukupi untuk memastikan kesengsaraan hidup rakyat ini tidak terlalu berpanjangan. Menyalahkan satu pihak lain tanpa kemukakan alternatif segera tidak akan sama sekali membantu rakyat Malaysia mengakhiri keperitan hidup yang dialami ketika ini.

“Apatah lagi kerajaan telah mengumumkan peruntukan program vaksinisasi sejumlah RM 5 Billion meliputi setiap aspek perlaksanaannya termasuk pembelian vaksin pada 17 Mac 2021 sepertimana yang diumumkan kementerian kewangan. Maka, rakyat berhak mengetahui sebanyak mana jumlah itu memberi nilai kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat.” kata Faisal.

Manakala yang ketiga, ABIM sarankan pihak kerajaan mengkaji semula perancangan yang dibentangkan dengan penglibatan bersama semua pihak memandangkan situasi semasa terutama berasaskan jumlah angka kes Covid-19 yang masih mencanak dikhuatiri gagal menemukan hasil dari perancangan yang dikemukakan kerajaan. Ini termasuklah kajian semula terhadap SOP yang tidak jelas dalam aspek penguatkuasaan PKP 3.0.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...