AM

Bilangan kes NCD (Non Communicable Diseases) membimbangkan – Dr. Dzulkefly

84

STAMPIN, SARAWAK 30 November 2019 – Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad hari ini mendedahkan bahawa bilangan kes yang melibatkan kematian pramatang di negara ini yang berpunca dari Penyakit Tidak Berjangkit ataupun NCD (Non Communicable Diseases) masih menunjukkan peningkatan.

Foto kredit kepada Kementerian Kesihatan Malaysia

Berucap di majlis Pelancaran Kampungku Sihat di Stampin, Sarawak beliau menyatakan bahawa disebalik promosi dan pendidikan kesihatan yang diberikan, Jabatan Statistik Malaysia Malaysia melaporkan Penyakit  Jantung Iskemik masih lagi merupakan penyebab utama kematian pada tahun 2018 dengan purata 50 kematian sehari. Jesteru itu perkara ini amat membimbangkan dan patut dipandang serius oleh semua pihak.

Mengulas mengenai program Kampungku Sihat Peringkat Kawasan Parlimen Stampin, Dr. Dzulkifli menjelaskan bahawa Stampin merupakan destinasi ke sembilan Program Kampungku Sihat selepas dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di Parlimen Langkawi pada bulan Februari lalu. Sejumlah 126 buah kampung telah dilawati sepanjang program tersebut .

Foto kredit kepada Kementerian Kesihatan Malaysia

Tambah beliau Program Kampungku Sihat ini telah mendapat perhatian khas daripada Perdana Menteri di mana di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Jun 2019, Tun Dr Mahathir telah menyarankan agar Program Kampungku Sihat ini dipertingkatkan objektif pelaksanaannya dengan mewujudkan pertandingan di peringkat nasional bagi menggerakkan pembudayaan amalan kesihatan yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Foto kredit kepada Kementerian Kesihatan Malaysia

Sempena Program Kampungku Sihat Peringkat Kawasan Parlimen Stampin tersebut, Dr. Dzulkefly turut kesempatan melawat rumah-rumah pesakit di kawasan Parlimen Stampin bersama-sama Ahli Parlimen Bandar Kuching, YB Dr Kelvin Yii Lee Wuen. Seterusnya beliau mengadakan lawatan ke Program Saringan Kesihatan Statistik di pasaraya Econsave dan Emart Batu Kawa sambil diringi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merangkap Ahli Parlimen Stampin, YB Tuan Chong Chieng Jen.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...