AM

Chin Tong ulangi seruan PM supaya penambahbaikan dilaksanakan di PBB

99

PUTRAJAYA 30 November 2019 – Timbalan Menteri Pertahanan YB Liew Chin Tong yang baru pulang dari lawatan ke Berlin (26 hingga 28 November) telah mengulangi seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya penambahbaikan dilaksanakan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) demi memastikan institusi tersebut lebih inklusif ketika berucap di persidangan hal ehwal antarabangsa dan keselamatan iaitu Tiergarten Conferencedi mana ia dianjurkan oleh yayasan Friedrich Ebert Stiftung yang berpengkalan di Jerman.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Timbalan Menteri Pertahanan hari ini, Persidangan Tiergarten tahun ini bertemakan “Saving global governance from geopolitics – social democratic orientation for a world adrift,” di mana Menteri Luar Jerman, Heiko Maas telah menyampaikan ucaptama.

Chin Tong sedang berucap di Persidangan Tiergarten
Foto kredit kepada pejabat Timbalan Menteri Pertahanan

“PBB dan multilateralisme memerlukan seluruh negara-negara yang bersependapat untuk menentang polarisasi, yang semakin menjadi-jadi beberapa tahun ini sejak Presiden Donald Trump mula bertugas. Pada masa yang sama, para demokrat sosial perlu memastikan bahawa pentadbiran
demokrasi membawa hasil kepada masyarakat termasuklah peluang pekerjaan, perumahan dan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak rasa kecewa para marhaen. Dasar berhemat yang dilaksanakan sepanjang dekad lampau di Eropah memperlihatkan bahawa semakin kerajaan berundur, semakin masyarakat marah dan membantu populis sayap-kanan mengembangkan pengaruh mereka.

Pentadbiran demokrasi mesti memastikan warganya mempunyai kehidupan ekonomi yang bermaruah dan selayaknya, supaya mereka tidak menyokong para autoritarian dan populis sayap-kanan.” kata Chin Tong.

Chin Tong turut mengadakan kunjungan hormat kepada rakan sejawatnya, Parliamentary State Secretary to the Federal Minister of Defence, Thomas Silberhorn di mana mereka berdua mengambil peluang berbincang tentang kerjasama pertahanan dua hala Malaysia-Jerman, penglibatan Jerman di Asia dan juga keperluan upaya di peringkat antarabangsa bagi mengelak perseteruan kuasa-kuasa besar.

Dari kiri YB Liew Chin Tong dan Thomas Silberhorn
Foto kredit kepada pejabat Timbalan Menteri Pertahanan

Di samping itu, Chin Tong turut mengadakan perbincangan bersama Minister of State at the Federal Foreign Ministry, Niels Annen bagi bertukar pandangan tentang prospek dasar luar Malaysia selepas perubahan kerajaan pada Mei 2018 dan beliau diiringi oleh PYT Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Republik Jerman, Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason.

Seterusnya beliau turut bertemu Dr. Nil Schmid, Jurucakap jawatankuasa parlimen mengenai hal ehwal antarabangsa Parti Sosial Demokrat Jerman (SPD) dan Franz Danner, bakal Setiausaha Antarabangsa SPD.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...