AM

Lapangan Terbang Mukah Akan Mula Beroperasi Esok – Wee Ka Siong

91

PUTRAJAYA 16 JUN 2021 – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak serta Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memaklumkan bahawa Lapangan Terbang Baharu Mukah, Sarawak telah siap sepenuhnya untuk beroperasi mulai 17 Jun 2021.

Menterinya, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata pesawat MASwings MH3553 DHC6 Vikings dari Miri pada 9.10 pagi akan melakukan pendaratan pertama dan diikuti penerbangan pertama MH3412 ke Kuching pada jam 9.30 pagi.

“Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Mukah di lokasi baharu iaitu 7 kilometer dari pusat bandar Mukah dimulakan sejak 11 Ogos 2017 menggantikan STOLport Mukah dengan kapasiti 265 ribu penumpang setahun” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lapangan Terbang Baharu Mukah direka bentuk untuk memberikan keselesaan dan menepati kehendak rakyat Mukah yang menggunakan perkhidmatan udara luar bandar yang menjadi nadi kepada pergerakan penumpang dan barangan di kawasan terbabit.

Reka bentuk lapangan terbang ini turut dilengkapi dengan bangunan terminal baharu seluas 3,125 meter persegi, landasan sepanjang 1,500 meter dan lebar 30 meter, apron, taxiway selebar 15 meter dan tempat letak kenderaan awam dengan kapasiti 100 buah kereta dan 20 buah motosikal termasuk 20 teksi dan 2 bas.

Selain menempatkan Menara Kawalan Trafik Udara, Pejabat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Jabatan Metrologi (MET) dan Bangunan Jabatan BOMBA, lapangan terbang ini turut dilengkapi dengan sistem Wind & Runway Visual Range (WRVR) serta sistem navigasi radio Doppler VHF Omnidirectional Range (DVOR) serta sistem pencahayaan pendekatan sederhana.

“Kementerian yakin lapangan terbang ini akan menyokong pembangunan Sarawak Government’s Economic Plan for SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy) di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi daerah Mukah” ujar beliau.

Pembangunan lapangan terbang ini akan menyokong pembangunan daerah Mukah sebagai Hab Pendidikan, Pusat Penyelidikan, Pembangunan serta Taman Perindustrian Matadeng.

“Semoga pengoperasian lapangan terbang ini juga dapat mempercepat dan memudahkan akses pembekalan vaksin COVID-19 ke kawasan-kawasan pedalaman seterusnya merealisasikan hasrat Kerajaan dalam membina imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...