Ekonomi @ My LNA

MEDAC Sokong Pelan Pemulihan Negara, Saran Usahawan Beralih Kearah Digital

58

PUTRAJAYA 16 JUN 2021 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyokong penuh Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bagi memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.

Menterinya, Dato Sri Dr. Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata dianggarkan lebih 90 peratus usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dijangka akan berdepan risiko terjejas sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) dilaksanakan secara berterusan.

“Ketika ini sebahagian besar mereka hanya mempunyai tempoh selama tiga hingga enam bulan untuk bertahan, seterusnya tidak mampu lagi untuk menanggung kos overhead dan sebagainya” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“MEDAC optimis pemulihan secara berperingkat ini mampu memberi keseimbangan dalam membantu mempergiatkan kembali aktiviti ekonomi secara fiskal di mana dalam masa yang sama dapat melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19”.

Tambah beliau, kaji selidik yang dilaksanakan oleh MEDAC sejak Mac lalu mendapati golongan usahawan wanita antara yang paling teruk terjejas berikutan kebanyakan daripada mereka menjalankan konsep perniagaan secara perkhidmatan.

“Oleh itu, MEDAC menyarankan agar usahawan IKS untuk beralih ke arah perniagaan yang berasaskan digital kerana ia mampu meraih keuntungan yang lebih besar ketika pandemik”.

“Harapan saya agar kita semua bekerjasama mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kadar jangkitan COVID-19 dapat turun dan sektor ekonomi kembali pulih dan dapat beroperasi seperti biasa” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles